Sunday 16 October 2016

Semangat Patriotik

PERANAN IBU BAPA DALAM MENERAPKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN ANAK-ANAK

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri kita,
Walaupun cantik negeri orang ,
Tentunya Malaysia cantik lagi,


Saya anak Malaysia 7x
           
               Lirik lagu di atas dipetik daripada lagu yang berjudul ‘SayaAnak Malaysia’. Lagu ini dinyanyikan oleh dR.Sam Rasputin yang menyatakan bahawa anak-anak Malaysia mempunyai semangat patriotisma yang tinggi .Namun ,pada era globalisasi ini semangat ini dilihat semakin sirna dalam kalang anak-anak di negara kita . Hal ini demikian kerana,anak-anak sibuk dengan hal-hal pelajaran sehinggakan mereka mengabaikan nilai patriotik dalam diri mereka . Pada pendapat mereka,perkara yang penting dalam hidup ialah menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak mempedulikan Sambutan Hari Kebangsaan . Lantaran itu,sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum kudis menjadi tokak eloklah ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan semangat patriotik dalam kalangan anak-anak .

            Antara peranan ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak-anak ialah menceritakan sejarah kemerdekaan tanah air kepada mereka . Hal ini sedikit sebanyak dapat menanam perasaan cinta akan tanah air . Perkara ini sesuai dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melenter buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada mereka bertapa pentingnya nilai kemerdekaan . Mereka dapat mengetahui susah payah tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu dalam mencapai kemerdekaan yang kata dapat rasai pada masa kini hasil perjuangan mereka . Contohnya,Tunku Abdul Rahman yang mengerahkan kudratnya untuk meminta kemerdekaan daripada British di London . Rakyat jelata terdahulu sanggup mengorbankan harta berharga bagi membantu Tunku Abdul Rahman pergi ke London . Jelaslah, melalui kaedah penceritaan ini ibu bapa menerapkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

            Seterusnya,ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak dengan melawat bangunan bersejarah . Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak tentang monumen,arca, dan bangunan tinggalan penjajah . Hal ini demikian kerana,dengan melawat tempat-tempat bersejarah akan menimbulkan perasaaan dan semangat cintakan negara jika didedahkan sejak kecil kerana tak kenal ,mak tak cinta . Sementara itu, ibu bapa juga dapat mengimbau kembali nostagia golongan yang mengalami sendiri sejarah itu. Malah anak-anak juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan tidaklah menjadi seperti katak dibawah tempurung.Contoh tempat bersejarah  yang boleh dilawati seisi keluarga ialah Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah dan Bagunan Wan Abdul Samad .Tinggalan-tinggalan ini jelas menggambarkan pejuang tulen anak watan dalam menegakkan maruah bangsa . Oleh itu , ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam diri anak-anak,supaya mereka menghargai kemerdekaan dan tidak menjadi tatkala ayam direban disambar helang,padi ditangan menjadi lalang sejarah mungkin berulang.

            Di samping itu ,ibu bapa juga dapat menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak dengan menggalakkan anak-anak menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Progaram ini bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ,memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional dan membentuk perwatakan positif melalui nilai-nilai murni.Tambahan pula,tentatih program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotisme seperti latihan kawad kaki, kursus menembak dan aktiviti berkumpulan .Melalui aktiviti-aktiviti ini,para pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertolak ansur,bertanggungjawab,hormat-menghormati memupuk rasa sayang kepada tanak air serta sanggup mempertahankannya .Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri anak-anak serta sanggup berjuang hingga ketitisan darah yang terakhirdemi mempertahankan kedaulatan negara

            Selain itu,ibu bapa haruslah membawa anak-anak membeli buku dan bahan-bahan yang berunsurkan patriotik .Mereka boleh membeli buku-buku sejarah dan majalah seperti Majalah Bulan Melayu dan buku Perjuangan Sarjan Hassan .Ibu bapa juga boleh membeli DVD untuk anak-anak yang menayangkan filem tentang perjuang kemerdekaan negara seperti Bukit Kepong,Paloh dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara .Melalui pembacaan dan tontonan ,anak-anak boleh mengetahui sejarah kemerdekaan dan tokoh-tokoh yang berjuang memerdekakan negara daripada ancaman kuasa luar .Anak-anak yang umur baru setahun jagung ,darah bru setampuk pinang ini mudah diajar dan disuntikkan semangat patriotik .Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka sebagai teladan dengan mempunyai semangat patriotik yang tinggi .Hal ini demikian kerana menurut teori Palvo,usia anak-anak ialah usia dimana anak-ank suka meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa memupuk semangat patriotik akan diamalkan dan dikekalkan sehingga mereka dewasa .Oleh itu, terbuktilah bahawa ibu bapa berperanan penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

            Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan anak-anak muda di negara kita.Satu daripadanya adalah dengan ibu bapa membawa menyambut Hari Kebangsaan.Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai Sambutan Hari Kebangsaan di kawasan setempat untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Seisi keluarga boleh menghayati sambutan Hari Kemerdekaan dan menyemai rasa cinta akan negara dalam sanubari mereka. Tamsilnya,ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti yang dijalankan di kampung-kampung ,kawasan perumahan atau membawa anak-anak ke Dataran Merdeka semasa Hari Kemerdekaan untuk menyaksikan dan merasakan sendir kemeriahan sambutan kemerdekaan yang sebenarnya.Selain itu,aktiviti yang dianjurkan seperti perarakan parajurit negara, kontingen negara serta kontingen watak-watak animasi yang dihasilkan oleh warga tempatan turut memeriahkan lagi suasana.Tambahan pula,lakonan semula yang dipaparkan di hadapan khalayak pengunjung di tengah-tengah dataran dapat memberi kesan positif kepada anak-anak agar mereka mempunyai semangat mempertahankan kedaulatan negara.Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil,sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan.Laungan keramat merdeka sebanyak 7 kalioleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada malam 31 Ogos 1957 perludiingati di gawang minda oleh semau lapisan masyarakat dapat membuktikan negara kita sudah bebas daripada kuasa-kuasa luar.Intihanya, usaha-usaha yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi kurangnya semangat patriotik dalam diri anak supaya tidak menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan personaliti generasi muda yang berwawasan.

            Intihanya,jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usha untuk menerapkan semangat patriotik dalam kalangan anak-anak.Hal ini demikian kerana anak-anak harus disemaikan dengan semangat patriotik yang tinggi kerana mereka merupakan tonggka utama negara yang bakal menerajui puncak pimpinan negar pada masa hadapan.Jika tiada semangat patriotik dalam kalangan anak-anak ,tidak mustahil Malaysia akan jatuh ke tangan kuasa asing .Maka menjadi suatu kewajipan bagi generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan agar negara Malaysia dapat terus bersaing dengan negara-negara maju yang lain supaya Malaysia dapat duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi dengan negara jagatraya.Oleh itu,sedarlah kita bertapa bertapa besarnya pengorbanan tokoh kemerdekaan yang selalu yang telah memerdekakan Malaysia . Kita haruslah berganding bahu agar memastikan negara kita gah dimata dunia.